Isnin, 12 September 2011

SENI BINA WARISAN MALAYSIA

        ARKITEK HIJJAS KASTURI  
                                                                                                                   



Hijjas Kasturi,merupakan nama yang terkenal dalam seni bina.Beliau mampu memberi pengenalan satu standard kerja dalam kalangan pengamal seni bina di negara ini.Anak kelahiran Singapura,yang berasal dari Pahang ini cukup kuat semangat Melayunya kerana memilih pucuk rebung sebagai konsep dalam penghasilan bangunan Telekom Malaysia Berhad dan keris sebagai paksi untuk Menara Maybank manakala projek pusat konvensyen di Putrajaya pula menghalusi semangat pending perak,satu kelengkapan penting dalam tradisi berpakaian masyarakat Melayu.
       
                                                                     
 
REKA BENTUK YANG DILAKUKAN
     
       Antara bangunan di Kuala Lumpur yang mendapat sentuhan Hijjas Kasturi: Bangunan Tabung Haji, Menara Lion, Menara Maybank, Lot 10 Kuala Lumpur, Menara Telekom, Kelab Darul Ehsan, Menara Promet, Wisma MPPJ (Petaling Jaya), Hotel Nikko, Bangunan Tractors Malaysia Annexem (Subang Jaya), Suruhanjaya Sekurities, Bangunan Dato Zainal, Stadium Shah Alam (Shah Alam), Menara Apera-ULG, Stadium Dalaman Shah Alam (Shah Alam), Menara Amoda, Stadium Sarawak (Kuching), Pusat Sivik Kuching (Kuching), Menara Shahzan-Prudential, Dewan Bandaraya Kuching Selatan (Kuching)
     Bangunan unik seperti Menara Maybank, Tabung Haji, Suruhanjaya Sekuriti, Hotel Nikko dan bangunan baru Telekom Malaysia Berhad berkonsepkan pucuk rebung, semuanya adalah hasil kerja Hijjas Kasturi. Banyak lagi bangunan sekitar Lembah Kelang dan Sarawak menerima sentuhan reka bentuk daripada Hijjas Kasturi Associates.

    
   Stadium Shah Alam.                                     Menara Telekom
 
                  
             Hotel Nikko                           Pusat Konvensyen,Putrajaya


       
     Menara Tabung Haji                          Menara Wisma MPL
http://www.skyscrapercity.com/showthread.php?t=109150&page=2


                   ANUGERAH YANG DIPEROLEH

   Reka bentuknya sungguh hebat dan mempersonakan.Atas sumbangannya, beliau telah menerima pelbagai anugerah. Antaranya ialah anugerah untuk Kuching Civic Centredaripada Association of Engineers, California, USA (1989), ASEAN Awards (1990), 12th Tokyo Cretion award dan 2001 PAM Gold Medal Award daripada pertubuhan Arkitek Malaysia.

...IBNU SINA BAPA PERUBATAN....

         biografi ibnu sina.....
[Avicenna_Persian_Physician.jpg]
       Syeikh Rais,Abu Ali Husein bin Abdillah bin Hasan bin Ali bin Sina,yang dikenali sebagai Ibnu Sina atau Aviciena di Barat lahir pada tahun 370 hijrah di Afgahnistan.Beliau yang berasal dari keluarga bermadzhab Ismailiyah sudah akrab dengan bidang keilmuan terutama yang disampaikan oleh ayahnya.Kecerdasannya yang sangat tinggi membuatnya sangat menonjol sehingga salah seorang guru menasihati ayahnya agar Ibnu Sina tidak terlibat dalam bidang pekerjaan selain belajar dan menuntut ilmu.

perubatan yang dihasilkan.....


(1)Beliau telah menjalankan kajian terhadap tubuh manusia yang dikenali sebagai anatomi.Hasilnya, beliau mendapati jantung mengandungi 3 injap yang akan terbuka dan tertutup dengan sendirinya semasa jantung mengepam darah.                                                             
(2)Beliau juga memperkembangkan ilmu diagnosis melalui denyutan jantung untuk mengenalpasti ketidakseimbangan hormon yang berkenaan. Apa yang menarik mengenai ilmu ini ialah beliau dapat memulihkan pesakit yang menghadapi masalah sakit jiwa.
(3) Beliau turut memperkembangkan ilmu psikologi dalam perubatan dan menemui ilmu yang kita kenali hari ini sebagai ilmu perubatan psikosomatis di mana ia menunjukkan perkaitan antara psikologi dengan kesihatan.Ibnu Sina juga menyedari betapa pentingnya emosi dalam usaha pemulihan pesakit.Minatnya yang mendalam dalam bidang berkaitan kesan akal ke atas jasad menyebabkan banyak daripada hasil karyanya berkisar mengenai gangguan psikologi.
(4) Beliau juga ada menceritakan simptom-simptom penyakit kencing manis (diabetes) dan masalah yang akan timbul daripadanya.
(5) Ibn Sina juga menjadi saintis yang pertama menerangkan mengenai bahagian-bahagian berbeza pada mata seperti kornea, koroid, iris, retina, lapisan kanta dan lain-lain.



                 Karya Perubatan Ibnu Sina yang terkenal
       
http://zulynx-armada.blogspot.com/2007/03/ibnu-sina.html

 
            kesan peninggalan ibnu sina dalam perubatan.....

1. Penyalidikan dan penulisan ibnu sina berjaya menggilap kembali bidang perubatan yang kian malap pada masa itu.
2. Beliau melakukan metode pemerhatian (observation) dan analisis. Berdasarkan metode ini, ilmu perubatan berkembang maju hingga ke hari ini.
3. Beliau juga banyak membuat analisis tentang pelbagai penyakit dan menyenaraikan lebih kurang 760 jenis penyakit dan kaedah merawatnya.
4. Penyelidikan dan penulisan Ibnu Sina banyak mempengaruhi perkembangan ilmu perubatan moden.
5. Pada zaman ini, hasil perkembangan sains dan teknologi telah muncul kaedah-kaedah perubatan baru menggunakan peralatan–peralatan canggih.Conthnya organ dalam badan manusia boleh dilihat hanya menggunakan x-ray atau ultra sound.Oleh itu suatu penyakit atau kecederaan dapat dikesan dan dirawat dengan lebih cepat dan berkesan.

          Ibnu Sina meniggal dunia di Hamdan ,dalam usia 58 tahun pada bulan Ramadhan 428 H/1037 M.Ia dimakamkan di sana. Dalam rangka memperingati 1000 tanun hari kelahirannya (Fair Millenium) di Tehran pada tahun 1955 M ia telah dinobatkan sebagai "Father of Doctor" untuk selamanya-selamanya,dan di sana (Tehran) telah dibangunkan sebuah monemun sejarah untuk itu.Makam beliau di Hamdan telah di kelilingi oleh makam-makam doktor islam yang lain. Hal ini menyebabkan ahli-ahli ilmu yang terkemudian merasa megah kalau dimakamkan di tanah perkuburan di mana "zeninth" itu dimakamkan.

Isnin, 22 Ogos 2011

HARTAWAN YANG PEMURAH

    TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY 

......KEHIDUPAN PERIBADI......
-Umur - 53 tahun
-Pendidikan - SPM
-Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
-Kekayaan -RM1,425 juta
-Ke 7 terkaya di Malaysia
-Ke 32 terkaya di Asia

......Sumbangan Dalam Negara........
(1) Kompleks Albukhary yang kemudiannya dinamakan Pusat Kecemerlangan Sharifah Rokiah merangkumi;
a) Pusat Dialisis dan Hospital Albukhary
b) Hostel Albukhary
c) Masjid Albukhary
d) Pusat Pendidikan Masyarakat
e) Pusat ‘Pondok’ Moden
f) Rumah Anak-anak Yatim Albukhary
g) Pusat Kanak-kanak Istimewa
h) Pusat Jagaan Warga Emas
i) Souq Albukhary dan pasar basah
j) Universiti Antarabangsa Albukhary (kemasukan pertama dijangka pada 2010)

(2) Biasiswa Albukhary kepada pelajar miskin (terutama pelajar negara OIC ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
(
3) Tuisyen Albukhary (tuisyen percuma) kepada pelajar miskin seluruh negara
(4) Program Tahunan, Bantuan Uniform Sekolah kepada pelajar miskin
(5) Kursi Albukhary di Fakulti Seni bina dan Rekaan Alam, UIAM
(6) Membina Muzium Kesenian Islam (muzium terbesar di Asia Tenggara yang memaparkan hasil seni Islam)
(7) Membina dan membaik pulih masjid seperti Masjid Negara, Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang dan Masjid Albukhary, Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur
(8) Membina Institut Al-quran, Kuala Lumpur
(9) Sumbangan bagi pembinaan Blok Menara, Universiti Terbuka Wawasan, Pulau Pinang
(10) Sumbangan bagi pembinaan kampus tetap Universiti Tunku Abdul Rahman, Kampar, Perak
(11) Sumbangan / pembiayaan dalam bidang sukan dan rekreasi seperti Malaysian Lawn Bowls Federation, ekspedisi solo Datin Paduka Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir ke Antartika dan Datuk Malik Mydin, rakyat Malaysia pertama berenang di Selat Inggeris
(12) Membina Ibu Pejabat Yayasan Jantung Negara, Kuala Lumpur
(13) Membina Pusat Hemodialisis di Kangar, Perlis dan Johor
(14) Membina Ibu Pejabat Yayasan Budi Penyayang, Pulau Pinang
(15) Membina Pusat Pemuliharaan – Warisan & Seni Islam
(16) Membiayai orang Islam miskin menunaikan haji
(17) Sumbangan kepada Projek Langkawi (dana pendidikan luar bandar anjuran MCA)
                    
               Muzium Kesenian                                    Masjid Al-Bukhary

                      
          Yayasan Al-Bukhary                              Institut Mengaji Al-Quran
  

                     
                masjid al-bukhary                  masjid al-bukhary di Alor Setar
http://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/01/11/tan-sri-syed-mokhtar-al-bukhary-tokoh-maal-hijrah-1429h/


......Sumbangan Peringkat Antarabangsa.......
(1) Sumbangan kepada Oxford Centre for Islamic Studies, United Kingdom
(2) Sumbangan kepada Tabung Kemanusiaan Lebanon
(3) Sumbangan bagi pembinaan kampus baru Darul Uloom Islamic Academy, Brisbane, Australia
(4) Sumbangan kepada mangsa gempa bumi Sichuan, China
(5) Program Anak-anak Yatim Albukhary di Daerah Nanggroe, Aceh, Indonesia
(6) Albukhary Rehabilitation Centre, misi kemanusiaan kepada mangsa gempa bumi Bam, Iran
(7) Albukhary Care Centre, Battagram, pusat latihan vokasional dan akademik di Pakistan
(8) Schevenezia Software Technologies, pengajian teknologi maklumat kepada pelarian Afghanistan dan rakyat Pakistan
(9) Sumbangan kepada Shaukat Khanum Memorial Cancer Hospital and Research Centre, Lahore
(10) Sumbangan bagi pembinaan bangunan utama universiti, Sarajevo School of Science dan Technology dan pengukuhan Economics and Good Governance Fellowship
(11) Sumbangan bagi pembinaan Saidina Abubakar Hospital and Training Centre, Kampala, Uganda (mencegah penularan HIV/Aids)
(12) Membeli dan mengubahsuai Cantray House, Afrika Selatan – pusat intelektual dan kefahaman Islam
(13) Membeli dan mengubahsuai Sir Herbert Baker Society’s Heritage Church kepada The Jumu’a Mosque, Cape Town, Afrika Selatan
(14) Street Kids Welfare Programme, Mitchel’s Plain, Cape Town, Afrika Selatan
(15) Baikpulih Masjid Mohiyudheen, Payyannur, Kerala, India dan Masjid Al-Rahma, Azhikode, India
(16) Islamic Studies Programme, Le High University, Pennsylvania, United States of America

......PENGHARGAAN/PINGAT YANG DIPEROLEHI......
(i) Tokoh Maal Hijrah 1429H oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong
(ii) Panglima Setia Mahkota (Tan Sri) – Persekutuan
(iii) Dato’ Setia Mahkota Kedah (Dato’) – Kedah
(iv) Pencalonan ‘Top 20 Progressive Asians’ oleh majalah World Business (20 Mei 2007)
(v) Muzium Kesenian Islam – IRCICA Award daripada OIC Research Centre for Islamic Culture & Art (2003)
(vi) Muzium Kesenian Islam – Montblanc Arts & Patronage Award daripada Paris-based Montblanc Cultural Foundation (2003)
(vii) ‘Malaysia’s Chosen One’ – Majalah Time (2002)http://www.mirlme.com/kisah-kejayaan-tan-sri-syed-mokhtar-al-bukhary/



Selasa, 2 Ogos 2011

....WILLIAM SHAKESPEARES....


William Shakespeare ,bio,biography,life,history,actor,fomous people.....KEHIDUPAN WILLIAM SHAKESPEARES......

   William Shakespeares dilahirkan di Henley Street, Stratford,England.

Bapanya seorang ahli badan perundangan bandar yag bernama John
Shakespeares.Ibu beliau,Mary Arden,merupakan anak perempuan orang
atasan.Shakespeares menuntut di Sekolah Menengah King Edward VI di
Stratford tengah yang memberikan pendidikan kesusasteraan Latin dan
tatabahasa.Pada 28 November 1582,William berkahwin dengan dengan
Anne Hathaway dan mempunyai 3 orang anak.William meninggal pada 23 April 1616.
  
.....KERJAYA WILLIAM SHAKESPEARES......

   William adalah penulis bahasa inggeris yang teragung,pengarang kesusteraan Barat yang amat terkenal dan dramatis yang terkemuka di dunia.Beliau menghasilkan pelbagai drama,sajak,puisi dan teater.Salah satu sajak terkenal beliau adalan Sonnet 18.
                               
                                        SONNET 18


                Shall I compare thee to a summer's day?
          Thou art more lovely and more temperate:
              Rough winds do shake the darling buds of May,
          And summer's lease hath all too short a date:
              Sometime too hot the eye of heaven shines,
          And often is his gold complexion dimm'd;
              And every fair from fair sometime declines,
          By chance or nature's changing course untrimm'd;
              But thy eternal summer shall not fade
          Nor lose possession of that fair thou owest;
              Nor shall Death brag thou wander'st in his shade,
          When in eternal lines to time thou growest:
             So long as men can breathe or eyes can see,
          So long lives this and this gives life to thee.



   Antara drama William Shakespeare yang terkenal adalah:
     Love's Labour's Won,Cardenio,Richard II( Bahagian 1),Romeo dan Juliet,Titus Andronicus,Timon dari Athens,Julius Caesar,Macbeth,Hamlet dan Othello.

Ahad, 24 Julai 2011

KETABAHAN NABI MUHAMMAD S.A.W

      Biodata Nabi Muhammad S.A.W 
  • Nama:Muhammad Bin Abdullah Bin Abu Mutallib Bin Hashim.
  • Tarikh Lahir:Subuh hari isnin,12 Rabiuawal bersamaan 20 April 571 Masehi(dikenali tahun gajah).
  • Tempat lahir:Di rumah Abu Talib,Mekah Al-Mukarramah.
  • Nama Bapa:Abdullah Bin Abu Mutallib Bin Hashim.
  • Nama Ibu:Aminah Binti Wahab Bin Abdul Manaf.
    DUGAAN DALAM KEHIDUPAN NABI MUHAMMAD S.A.W
  •  Bapa banginda wafat sebelum baginda dilahirkan iaitu sewaktu baginda 7 bulan dalam kandungan ibu.
  •  Pada usia dua tahun, baginda didatangi oleh dua orang malaikat yang muncul sebagai lelaki yang berpakaian putih. Mereka bertanggungjawab untuk membedah Muhammad.
  • Ibu Rasullah meninggal ketika mereka ke Madinah untuk melawat saudara-mara dan tempat wafat ayah baginda di Madinah,beliau menjadi yatim piaty dan tinggal bersama-sama dengan datuknya.
  • Kegembiraannya bersama datuk baginda tidak bertahan lama. Ketika baginda berusia lapan tahun, datuk baginda pula meninggal dunia.
  • Selepas kewafatan datuk baginda, Abu Talib mengambil alih tugas bapanya untuk menjaga anak saudaranya Muhammad.                                                                                                       
  • Pada usia 40 tahun, Muhammad telah menerima wahyu yang pertama dan diangkat sebagai nabi sekelian alam. Ketika itu, baginda berada di Gua Hira’ dan sentiasa merenung dalam kesunyian, memikirkan nasib umat manusia pada zaman itu. Maka datanglah Malaikat Jibril menyapa dan menyuruhnya membaca ayat quran yang pertama diturunkan kepada Muhammad
  •  Kemudian baginda mula berdakwah secara sembunyi-sembunyi bermula dengan kaum kerabatnya untuk mengelakkan kecaman yang hebat daripada penduduk Makkah yang menyembah berhala.
  •  Setelah turunnya wahyu memerintahkan baginda untuk berdakwah secara terang-terangan, maka Rasulullah pun mula menyebarkan ajaran Islam secara lebih meluas. 
  • Baginda menghadapi pelbagai tekanan, dugaan, penderitaan, cemuhan dan ejekan daripada penduduk-penduduk Makkah yang jahil dan keras hati untuk beriman dengan Allah. Bukan Rasulullah sahaja yang menerima tentangan yang sedemikian, malah para sahabatnya juga turut merasai penderitaan tersebut seperti Amar dan Bilal bin Rabah yang menerima siksaan yang berat. 
  • Tekanan daripada orang-orang kafir terhadap perjuangan Rasulullah semakin hebat.Maka Rasulullah mengambil keputusan untuk berhijrah ke Madinah berikutan ancaman daripada kafir Quraisy untuk membunuh baginda.
  •  Rasulullah disambut dengan meriahnya oleh para penduduk Madinah. Mereka digelar kaum Muhajirin manakala penduduk-penduduk Madinah dipanggil golongan Ansar. Seruan baginda diterima baik oleh kebanyakan para penduduk Madinah dan sebuah negara Islam didirikan di bawah pimpinan Rasulullah s.a.w sendiri.
  • Dengan ketabahan,kebijaksanaan dan keadilan Rasullah dalam mentadbir sebuah negara,Madinah menjadi sebuah negara islam yang di sanjung tinggi oleh kaum kafir Quraisy dan Yahudi.

Mahatma Gandhi Wira India

[180px-Gandhi_studio_1931.jpg] 

         Latar Belakang Mahatma Gandhi    
  • Nama sebenar:Mohandas Karamchand Gandhi
  • Tarikh Lahir:2 Oktober 1869.
  • Tempat Lahir:Gujerat,India.
  • Tarikh Meninggal:30 Januari 1948.
       Perjuangan Mahatma Gandi
     Perjuangan Mahatma Gandhi penuh dengan kasih sayang dan anti kekerasan sehingga beliau pernah berkata "apabila kekerasan dibalas dengan kekerasan hanya akan melahirkan kebencian dan melahirkan bibit-ninit permusuhan baru",.Kesedaran ini diwujudkan dalam prinsip perjuangan beliau:bramkhacharya (mengendalikan hasrat seksual), satyagraha (kekuatan kebenaran dan cinta),swadeshi (memenuhi kebutuhan sendiri) dan ahimsa (tanpa kekerasan terhadap semua makhluk).
    Gandhi telah mulai merintis perjuangannya sejak berada di Afrika Selatan.Pada tahun 1893,Mahatma Gandhi telah pulang ke India dan melihat berlakunya diskriminasi yang dilakukan oleh pemerintah setempat terhadap masyarakat India.Beliau menubuhkan parti untuk menuntut kemerdekaan dari Inggeris dan menjadi ikutan oleh negara-negara lain yang di jajah oleh Inggeris.
   Gandhi memimpin gerakan non-koperatif dan nir-kekerasan melawan Pemerintah Inggris dengan aksi boikot terhadap segala sesuatu yang menyangkut dengan Inggeris.Beliau telah dipenjarakan selama 2 tahun oleh pemeritah kerana memimpin gerakan menentang Inggeris.
   Pada 1947, India menjadi merdeka dan pecah menjadi dua negara, India dan Pakistan. Hal ini tidak disetujui Gandhi kerana beliau amat menghormati ajaran Islam dan selalu melindungi agama Islam walaupun beliau beragama Hindu.Beliau juga berpendapat,usaha untuk mendapatkan pemerintahan sendiri hanya boleh diwujudkan jika orang Islam dan Hindu berjuang bersama-sama.
   Gandhi bekerja tanpa henti untuk mempromosikan kesatuan antara Hindu dan Muslim.Hal ini membuatkan beberapa fundamentalis Hindu marah.Pada 30 Januari 1948 Gandhi di tembak mati oleh satu fundamentalis yang bernama Nathu.