Isnin, 12 September 2011

...IBNU SINA BAPA PERUBATAN....

         biografi ibnu sina.....
[Avicenna_Persian_Physician.jpg]
       Syeikh Rais,Abu Ali Husein bin Abdillah bin Hasan bin Ali bin Sina,yang dikenali sebagai Ibnu Sina atau Aviciena di Barat lahir pada tahun 370 hijrah di Afgahnistan.Beliau yang berasal dari keluarga bermadzhab Ismailiyah sudah akrab dengan bidang keilmuan terutama yang disampaikan oleh ayahnya.Kecerdasannya yang sangat tinggi membuatnya sangat menonjol sehingga salah seorang guru menasihati ayahnya agar Ibnu Sina tidak terlibat dalam bidang pekerjaan selain belajar dan menuntut ilmu.

perubatan yang dihasilkan.....


(1)Beliau telah menjalankan kajian terhadap tubuh manusia yang dikenali sebagai anatomi.Hasilnya, beliau mendapati jantung mengandungi 3 injap yang akan terbuka dan tertutup dengan sendirinya semasa jantung mengepam darah.                                                             
(2)Beliau juga memperkembangkan ilmu diagnosis melalui denyutan jantung untuk mengenalpasti ketidakseimbangan hormon yang berkenaan. Apa yang menarik mengenai ilmu ini ialah beliau dapat memulihkan pesakit yang menghadapi masalah sakit jiwa.
(3) Beliau turut memperkembangkan ilmu psikologi dalam perubatan dan menemui ilmu yang kita kenali hari ini sebagai ilmu perubatan psikosomatis di mana ia menunjukkan perkaitan antara psikologi dengan kesihatan.Ibnu Sina juga menyedari betapa pentingnya emosi dalam usaha pemulihan pesakit.Minatnya yang mendalam dalam bidang berkaitan kesan akal ke atas jasad menyebabkan banyak daripada hasil karyanya berkisar mengenai gangguan psikologi.
(4) Beliau juga ada menceritakan simptom-simptom penyakit kencing manis (diabetes) dan masalah yang akan timbul daripadanya.
(5) Ibn Sina juga menjadi saintis yang pertama menerangkan mengenai bahagian-bahagian berbeza pada mata seperti kornea, koroid, iris, retina, lapisan kanta dan lain-lain.



                 Karya Perubatan Ibnu Sina yang terkenal
       
http://zulynx-armada.blogspot.com/2007/03/ibnu-sina.html

 
            kesan peninggalan ibnu sina dalam perubatan.....

1. Penyalidikan dan penulisan ibnu sina berjaya menggilap kembali bidang perubatan yang kian malap pada masa itu.
2. Beliau melakukan metode pemerhatian (observation) dan analisis. Berdasarkan metode ini, ilmu perubatan berkembang maju hingga ke hari ini.
3. Beliau juga banyak membuat analisis tentang pelbagai penyakit dan menyenaraikan lebih kurang 760 jenis penyakit dan kaedah merawatnya.
4. Penyelidikan dan penulisan Ibnu Sina banyak mempengaruhi perkembangan ilmu perubatan moden.
5. Pada zaman ini, hasil perkembangan sains dan teknologi telah muncul kaedah-kaedah perubatan baru menggunakan peralatan–peralatan canggih.Conthnya organ dalam badan manusia boleh dilihat hanya menggunakan x-ray atau ultra sound.Oleh itu suatu penyakit atau kecederaan dapat dikesan dan dirawat dengan lebih cepat dan berkesan.

          Ibnu Sina meniggal dunia di Hamdan ,dalam usia 58 tahun pada bulan Ramadhan 428 H/1037 M.Ia dimakamkan di sana. Dalam rangka memperingati 1000 tanun hari kelahirannya (Fair Millenium) di Tehran pada tahun 1955 M ia telah dinobatkan sebagai "Father of Doctor" untuk selamanya-selamanya,dan di sana (Tehran) telah dibangunkan sebuah monemun sejarah untuk itu.Makam beliau di Hamdan telah di kelilingi oleh makam-makam doktor islam yang lain. Hal ini menyebabkan ahli-ahli ilmu yang terkemudian merasa megah kalau dimakamkan di tanah perkuburan di mana "zeninth" itu dimakamkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan