Isnin, 12 September 2011

SENI BINA WARISAN MALAYSIA

        ARKITEK HIJJAS KASTURI  
                                                                                                                   



Hijjas Kasturi,merupakan nama yang terkenal dalam seni bina.Beliau mampu memberi pengenalan satu standard kerja dalam kalangan pengamal seni bina di negara ini.Anak kelahiran Singapura,yang berasal dari Pahang ini cukup kuat semangat Melayunya kerana memilih pucuk rebung sebagai konsep dalam penghasilan bangunan Telekom Malaysia Berhad dan keris sebagai paksi untuk Menara Maybank manakala projek pusat konvensyen di Putrajaya pula menghalusi semangat pending perak,satu kelengkapan penting dalam tradisi berpakaian masyarakat Melayu.
       
                                                                     
 
REKA BENTUK YANG DILAKUKAN
     
       Antara bangunan di Kuala Lumpur yang mendapat sentuhan Hijjas Kasturi: Bangunan Tabung Haji, Menara Lion, Menara Maybank, Lot 10 Kuala Lumpur, Menara Telekom, Kelab Darul Ehsan, Menara Promet, Wisma MPPJ (Petaling Jaya), Hotel Nikko, Bangunan Tractors Malaysia Annexem (Subang Jaya), Suruhanjaya Sekurities, Bangunan Dato Zainal, Stadium Shah Alam (Shah Alam), Menara Apera-ULG, Stadium Dalaman Shah Alam (Shah Alam), Menara Amoda, Stadium Sarawak (Kuching), Pusat Sivik Kuching (Kuching), Menara Shahzan-Prudential, Dewan Bandaraya Kuching Selatan (Kuching)
     Bangunan unik seperti Menara Maybank, Tabung Haji, Suruhanjaya Sekuriti, Hotel Nikko dan bangunan baru Telekom Malaysia Berhad berkonsepkan pucuk rebung, semuanya adalah hasil kerja Hijjas Kasturi. Banyak lagi bangunan sekitar Lembah Kelang dan Sarawak menerima sentuhan reka bentuk daripada Hijjas Kasturi Associates.

    
   Stadium Shah Alam.                                     Menara Telekom
 
                  
             Hotel Nikko                           Pusat Konvensyen,Putrajaya


       
     Menara Tabung Haji                          Menara Wisma MPL
http://www.skyscrapercity.com/showthread.php?t=109150&page=2


                   ANUGERAH YANG DIPEROLEH

   Reka bentuknya sungguh hebat dan mempersonakan.Atas sumbangannya, beliau telah menerima pelbagai anugerah. Antaranya ialah anugerah untuk Kuching Civic Centredaripada Association of Engineers, California, USA (1989), ASEAN Awards (1990), 12th Tokyo Cretion award dan 2001 PAM Gold Medal Award daripada pertubuhan Arkitek Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan