Ahad, 24 Julai 2011

KETABAHAN NABI MUHAMMAD S.A.W

      Biodata Nabi Muhammad S.A.W 
  • Nama:Muhammad Bin Abdullah Bin Abu Mutallib Bin Hashim.
  • Tarikh Lahir:Subuh hari isnin,12 Rabiuawal bersamaan 20 April 571 Masehi(dikenali tahun gajah).
  • Tempat lahir:Di rumah Abu Talib,Mekah Al-Mukarramah.
  • Nama Bapa:Abdullah Bin Abu Mutallib Bin Hashim.
  • Nama Ibu:Aminah Binti Wahab Bin Abdul Manaf.
    DUGAAN DALAM KEHIDUPAN NABI MUHAMMAD S.A.W
  •  Bapa banginda wafat sebelum baginda dilahirkan iaitu sewaktu baginda 7 bulan dalam kandungan ibu.
  •  Pada usia dua tahun, baginda didatangi oleh dua orang malaikat yang muncul sebagai lelaki yang berpakaian putih. Mereka bertanggungjawab untuk membedah Muhammad.
  • Ibu Rasullah meninggal ketika mereka ke Madinah untuk melawat saudara-mara dan tempat wafat ayah baginda di Madinah,beliau menjadi yatim piaty dan tinggal bersama-sama dengan datuknya.
  • Kegembiraannya bersama datuk baginda tidak bertahan lama. Ketika baginda berusia lapan tahun, datuk baginda pula meninggal dunia.
  • Selepas kewafatan datuk baginda, Abu Talib mengambil alih tugas bapanya untuk menjaga anak saudaranya Muhammad.                                                                                                       
  • Pada usia 40 tahun, Muhammad telah menerima wahyu yang pertama dan diangkat sebagai nabi sekelian alam. Ketika itu, baginda berada di Gua Hira’ dan sentiasa merenung dalam kesunyian, memikirkan nasib umat manusia pada zaman itu. Maka datanglah Malaikat Jibril menyapa dan menyuruhnya membaca ayat quran yang pertama diturunkan kepada Muhammad
  •  Kemudian baginda mula berdakwah secara sembunyi-sembunyi bermula dengan kaum kerabatnya untuk mengelakkan kecaman yang hebat daripada penduduk Makkah yang menyembah berhala.
  •  Setelah turunnya wahyu memerintahkan baginda untuk berdakwah secara terang-terangan, maka Rasulullah pun mula menyebarkan ajaran Islam secara lebih meluas. 
  • Baginda menghadapi pelbagai tekanan, dugaan, penderitaan, cemuhan dan ejekan daripada penduduk-penduduk Makkah yang jahil dan keras hati untuk beriman dengan Allah. Bukan Rasulullah sahaja yang menerima tentangan yang sedemikian, malah para sahabatnya juga turut merasai penderitaan tersebut seperti Amar dan Bilal bin Rabah yang menerima siksaan yang berat. 
  • Tekanan daripada orang-orang kafir terhadap perjuangan Rasulullah semakin hebat.Maka Rasulullah mengambil keputusan untuk berhijrah ke Madinah berikutan ancaman daripada kafir Quraisy untuk membunuh baginda.
  •  Rasulullah disambut dengan meriahnya oleh para penduduk Madinah. Mereka digelar kaum Muhajirin manakala penduduk-penduduk Madinah dipanggil golongan Ansar. Seruan baginda diterima baik oleh kebanyakan para penduduk Madinah dan sebuah negara Islam didirikan di bawah pimpinan Rasulullah s.a.w sendiri.
  • Dengan ketabahan,kebijaksanaan dan keadilan Rasullah dalam mentadbir sebuah negara,Madinah menjadi sebuah negara islam yang di sanjung tinggi oleh kaum kafir Quraisy dan Yahudi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan