Ahad, 24 Julai 2011

Mahatma Gandhi Wira India

[180px-Gandhi_studio_1931.jpg] 

         Latar Belakang Mahatma Gandhi    
  • Nama sebenar:Mohandas Karamchand Gandhi
  • Tarikh Lahir:2 Oktober 1869.
  • Tempat Lahir:Gujerat,India.
  • Tarikh Meninggal:30 Januari 1948.
       Perjuangan Mahatma Gandi
     Perjuangan Mahatma Gandhi penuh dengan kasih sayang dan anti kekerasan sehingga beliau pernah berkata "apabila kekerasan dibalas dengan kekerasan hanya akan melahirkan kebencian dan melahirkan bibit-ninit permusuhan baru",.Kesedaran ini diwujudkan dalam prinsip perjuangan beliau:bramkhacharya (mengendalikan hasrat seksual), satyagraha (kekuatan kebenaran dan cinta),swadeshi (memenuhi kebutuhan sendiri) dan ahimsa (tanpa kekerasan terhadap semua makhluk).
    Gandhi telah mulai merintis perjuangannya sejak berada di Afrika Selatan.Pada tahun 1893,Mahatma Gandhi telah pulang ke India dan melihat berlakunya diskriminasi yang dilakukan oleh pemerintah setempat terhadap masyarakat India.Beliau menubuhkan parti untuk menuntut kemerdekaan dari Inggeris dan menjadi ikutan oleh negara-negara lain yang di jajah oleh Inggeris.
   Gandhi memimpin gerakan non-koperatif dan nir-kekerasan melawan Pemerintah Inggris dengan aksi boikot terhadap segala sesuatu yang menyangkut dengan Inggeris.Beliau telah dipenjarakan selama 2 tahun oleh pemeritah kerana memimpin gerakan menentang Inggeris.
   Pada 1947, India menjadi merdeka dan pecah menjadi dua negara, India dan Pakistan. Hal ini tidak disetujui Gandhi kerana beliau amat menghormati ajaran Islam dan selalu melindungi agama Islam walaupun beliau beragama Hindu.Beliau juga berpendapat,usaha untuk mendapatkan pemerintahan sendiri hanya boleh diwujudkan jika orang Islam dan Hindu berjuang bersama-sama.
   Gandhi bekerja tanpa henti untuk mempromosikan kesatuan antara Hindu dan Muslim.Hal ini membuatkan beberapa fundamentalis Hindu marah.Pada 30 Januari 1948 Gandhi di tembak mati oleh satu fundamentalis yang bernama Nathu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan